Sunday, 9 October 2011

Sang Monyet & Angin



Tersebutlah kisah, ada seekor monyet yang berpaut di sebuah pokok. tanpa disedarinya, ada tiga jenis angin yang sedang melihat monyet tersebut iaitu angin ribut, angin taufan dan angin tornedo. mereka masing2 sedang mencabar sesama sendiri siapa yang boleh menjatuhkan monyet comel tersebut.



mulalah si angin ribut mulakan tiupannya. Pheww.... Pheww...Pheww, si angin ribut meniup. melihatkan ada angin, sang monyet kuat berpaut di dahan pokok. sehinggalah si angin ribut putus asa lalu kembali pada si angin taufan dan tornedo. mereka ketawa kerana melihat si angin ribut pulang dengan hampa.



kemudian, bermulalah pula cubaan si angin taufan. dengan kuatnya, angin taufan meniup sehingga berpusing2. sang monyet semakin kuat berpaut pada dahan pokok bagi mengelakkan ia jatuh. setelah beberapa ketika, si angin taufan kembali juga dalam keadaan yang hampa. apa lagi, si tornedo ketawa terbahak2.



akhirnya, si tornedo dengan bangganya menggunakan kuasa tornedonya yang hebat dan sangat kuat itu dengan harapan monyet itu akan jatuh tersembam di tanah. semakin kuat angin tornedo, semakin kuat dan erat sang monyet berpegang pada dahan pokok tersebut. si tornedo pulang dalam keadaan yang sangat hampa dan kecewa.



tiba2 datang la si angin sepoi2 bahasa untuk mencuba nasib. abang2nya ketawa terbahak2 melihatkan keinginan adik mereka yang ingin menjatuhkan sang monyet. si angin sepoi2 bahasa pun mula meniup dengan lemah longlai. sang monyet berasa sangat selesa dengan angin sepoi2 bahasa lalu tertidur dan akhirnya terlepaslah pegangan sang monyet pada dahan pokok dan jatuhlah sang monyet itu ke tanah. sekian...

Mesti dh ramai yg pernah bace kisah monyet ni kn??? Banyak pengajaran yg boleh diambil drpd crita ni... contohnyer, kita tidak boleh riak dengan kelebihan yg telah diberikan oleh Allah. Tidak kira la kelebihan dr segi harta, rupa, kemahiran atau ape saje. Kita mestilh mensyukuri dengan ape yg telah ditetapkan oleh Allah untuk kita. Kita juga tidak boleh menghina org lain diatas kekurangan org lain. 

“Ya Robb-ku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapakku, dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau ridhoi. Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang sholeh.” QS. An Naml : 19.

melalui cerita ini, dpt kita ambil iktibar bhw ujian yg mendatang dalam hidup kita dalam bermacam bentuk. haa... jangan ingat ujian itu kesusahan semata. hakikatnya kesenangan yang kita ada juga adalah ujian. malah lebih bahaya kerana ianya tak nampak oleh kita

Kita selalu akan memngingati kepada Allah apabila kita dalam kesusahan kan??? Tidak ramai antara kita akan kembali kepada Allah ketika kita diselubungi oleh kesenangan. Bila kita ditimpa kesusahan, kesempitan dan kesedihan, Allah lah tempat kita mengadu, memohon pertolongan. dada ini terasa sempit, tidak tenang, gelisah, susah dan menangis bila datangnya sesuatu ujian. Namun ia sebenarnya satu petanda menunjukkan Allah sayang pada kita, malah lebih sayang pada kita.

 



p/s: Semakin banyak ujian yang kita terima sebenarnya semakin dekat kita dengan Allah. seperti mana kisah monyet di atas, semakin kuat angin yang diterimanya, semakin kuat sang monyet berpaut pada dahan pokok.






No comments:

Post a Comment