Saturday 25 February 2012

~ DIA MUNCUL TANPA DI PINTA~




Sedar x sedar sudah hampir setahun saya memegang jawatan sebagai exco kesenian dan kebudayaan difakulti sy...Alhamdulillah, banyak ilmu yg ditimba semasa memegang jawatan ini..teringat semasa mula2 tahu diberi amanah untuk pegang jawatan ini...Hati terasa blurr...xtau macam mne nak gerakkan lajnah ini.tp ade hikmah setiap sesuatu yg Allah dah tetapkan untuk kita...

       KESENIAN  ni boleh diibaratkan seperti KEBAHAGIAAN. Setiap orang mempunyai rasa kebahagiaan yang berbeza. Ada yang merasakan apabila mendapat rumah yang besar itu bahagia, ade juga yang merasakan dapat kereta yang mewah itu bahagia atau mungkin ada yang merasakan apabila dapat makan makanan yang sedap itu bahagia. 



Begitu juga dengan kesenian. Setiap orang mempunyai citarasa seni yang berbeza. Ada yang merasakan melukis itu seni atau nyanyian, lakonan dan pensyair juga merupakan seni. Dan x dilupakan, ade juga yg merasakan bahawa memasak juga merupakan suatu seni.



Konsep kesenian menurut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Alah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat. Pandangan sesetengah orang bahawa kesenian tidak sesuai dengan tuntutan Islam dan syariat perlu ditinggalkan. Ini mencerminkan bahawa mereka tidak memahami hubungan kesenian dengan Islam. Ini kerana Islam bukanlah agama yang membicarakan soal agama sahaja malahan turut membicarakan seluruh aspek kehidupan manusia. Sebagai contoh, hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah itu maha Indah dan Dia sukakan keindahan.”


         Al-Farabi menjelaskan bahawa seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.

            Daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang diberikan oleh Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk ‘memeriahkan’ kebesaran Allah. Berseni haruslah bermatlamatkan kepada perkara-perkara makruf (kebaikan), halal, dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah s.w.t. Fungsi seni lebih kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaan-Nya.



         Begitu serba sedikit pengetahuan tentang seni semasa memegang lajnah ini...Kita xtahu ape yg telah Allah rencanakan utk kita...tp kene berusaha utk berubah ke arah lebih baik...Wallahu 'alam....