Tuesday 6 December 2011

Hadirnya Cahaya Selepas Kegelapan.....

" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "
 
" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "
" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "

" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "

Jawabnya, SENANG.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian. ~i luv islam~



Pada pukul 10.00 pagi tadi, sy pergi jumpe dengan Dr. Shafie  Abu Bakar adun (adun BANGI) untuk menemuramah beliau berkenaan dengan subjek U2 yang sy ambil sem ni. errmmm, rase teruja apabila dapat bertemu buat kali kedua. seronok dapat berkongsi cerita mengenai pengalaman beliau semasa beliau memenangi kerusi adun pada tahun 1999, yg pada ketika ini saya baru sahaja berada di darjah 2. beliau menceritakan bagaimana kesusahan beliau semasa mula2 mentadbir, dan beliau juga memberitahu tentang bagaimana sokongan sahabat2 pada saat ini amatlah penting bagi menguatkan lagi semangat. 



Dr. Shafie Abu Bakar juga ade bagitahu mengenai pada ketika awal kemenangan dahulu, beliau terpaksa naik turun mahkamah kerana pihak lawan mendakwa diatas kemenangan yang beliau dapat. Kes ini berlarutan sehingga tahun 2008. Saat ini amat tidak dapat dilupakan oleh beliau kerana memerlukan kekuatan yang kuat untuk terus berkhidmat untuk rakyat.

Beliau juga memberitahu mengenai betapa pentingnya ilmu bagi diri setiap individu dalam membuat sesebuah keputusan. "BANGI BANDAR ILMU" ini yang cube dicapai oleh Dr. sepanjang beliau mentadbir ADUN Bangi.


Melalui perkongsian Dr. Shafie mengenai kisah hidup beliau sepanjang beliau berada dalam bidang politik, dapat disimpulkan bahawa kesusahan dalam hidup kita adalah perkara yang perlu ditempuh oleh setiap orang. Jangan berputus asa dalam setiap perkara kerana setiap sesuatu keputusan yang kita ambil dalam hidup kita adalah lahir dari keinginan kita dan kita perlu menerima setiap risiko yang terpaksa kita tempuhi. SESUNGUHNYA ALLAH BERSAMA ORANG2 YANG SENTIASA MENEGAKKAN AGAMA ALLAH.




No comments:

Post a Comment