Sunday, 9 October 2011

Sang Monyet & Angin



Tersebutlah kisah, ada seekor monyet yang berpaut di sebuah pokok. tanpa disedarinya, ada tiga jenis angin yang sedang melihat monyet tersebut iaitu angin ribut, angin taufan dan angin tornedo. mereka masing2 sedang mencabar sesama sendiri siapa yang boleh menjatuhkan monyet comel tersebut.



mulalah si angin ribut mulakan tiupannya. Pheww.... Pheww...Pheww, si angin ribut meniup. melihatkan ada angin, sang monyet kuat berpaut di dahan pokok. sehinggalah si angin ribut putus asa lalu kembali pada si angin taufan dan tornedo. mereka ketawa kerana melihat si angin ribut pulang dengan hampa.



kemudian, bermulalah pula cubaan si angin taufan. dengan kuatnya, angin taufan meniup sehingga berpusing2. sang monyet semakin kuat berpaut pada dahan pokok bagi mengelakkan ia jatuh. setelah beberapa ketika, si angin taufan kembali juga dalam keadaan yang hampa. apa lagi, si tornedo ketawa terbahak2.



akhirnya, si tornedo dengan bangganya menggunakan kuasa tornedonya yang hebat dan sangat kuat itu dengan harapan monyet itu akan jatuh tersembam di tanah. semakin kuat angin tornedo, semakin kuat dan erat sang monyet berpegang pada dahan pokok tersebut. si tornedo pulang dalam keadaan yang sangat hampa dan kecewa.



tiba2 datang la si angin sepoi2 bahasa untuk mencuba nasib. abang2nya ketawa terbahak2 melihatkan keinginan adik mereka yang ingin menjatuhkan sang monyet. si angin sepoi2 bahasa pun mula meniup dengan lemah longlai. sang monyet berasa sangat selesa dengan angin sepoi2 bahasa lalu tertidur dan akhirnya terlepaslah pegangan sang monyet pada dahan pokok dan jatuhlah sang monyet itu ke tanah. sekian...

Mesti dh ramai yg pernah bace kisah monyet ni kn??? Banyak pengajaran yg boleh diambil drpd crita ni... contohnyer, kita tidak boleh riak dengan kelebihan yg telah diberikan oleh Allah. Tidak kira la kelebihan dr segi harta, rupa, kemahiran atau ape saje. Kita mestilh mensyukuri dengan ape yg telah ditetapkan oleh Allah untuk kita. Kita juga tidak boleh menghina org lain diatas kekurangan org lain. 

“Ya Robb-ku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapakku, dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau ridhoi. Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang sholeh.” QS. An Naml : 19.

melalui cerita ini, dpt kita ambil iktibar bhw ujian yg mendatang dalam hidup kita dalam bermacam bentuk. haa... jangan ingat ujian itu kesusahan semata. hakikatnya kesenangan yang kita ada juga adalah ujian. malah lebih bahaya kerana ianya tak nampak oleh kita

Kita selalu akan memngingati kepada Allah apabila kita dalam kesusahan kan??? Tidak ramai antara kita akan kembali kepada Allah ketika kita diselubungi oleh kesenangan. Bila kita ditimpa kesusahan, kesempitan dan kesedihan, Allah lah tempat kita mengadu, memohon pertolongan. dada ini terasa sempit, tidak tenang, gelisah, susah dan menangis bila datangnya sesuatu ujian. Namun ia sebenarnya satu petanda menunjukkan Allah sayang pada kita, malah lebih sayang pada kita.

 



p/s: Semakin banyak ujian yang kita terima sebenarnya semakin dekat kita dengan Allah. seperti mana kisah monyet di atas, semakin kuat angin yang diterimanya, semakin kuat sang monyet berpaut pada dahan pokok.






Friday, 7 October 2011

Beratnyer Ujian-MU

"Bibah, sy rase down la ngan semua org. Kenapa die orang mcm ni ek???x paham perasan org, x ambk kisah org yg dibawah die. Die yg berada diatas sepatutnyer consider la ngan org bawahan ni".

Luahan hati seorang sahabat kepada sy. Terasa susah hati apabila melihat sahabat kita berada dalam kesusahan. susahnyer jd org  yg berada di bawah ni. Asyik2 kite jer yg kene faham die orang berada di ataskn? apabila kite uat kerja x menepati yg diingini, mula la nak marah, keluarkan kata yg x sedap di dngar. Tapi kite kene ingat wahai sahabat, salah satu ujian yg di takdirkan untk kite adalah kesabaran. Setiap perkara yg trjd akan membuatkn kita makin tabah dalam memulakan setiap langkah dalam hidup kita.


"Kenapa jd macm ni ?? Kite org yg berada di atas ni dh rancang elok2 dh, knpe org bawah masih cakap yg kite ni mcm 2 dan masih xpuas hati??"

Luahan perasan org atasan pulak mcm ni. Ermm, sebenarnyer sngt susah apabila kite  nak menjaga hati dan perasaan org ni, tambahan pula kite sbagai pemimpin. Sebagai pemimpin kite kene adil ngan semua org. Memang la nak puaskn hati semua org susah tp kite mesti ikhlaskn diri dalm bergerak kerja. Sesuatu yg ditaklifkan untk diri kite adalah yg terbaik untuk diri kita. Dan ingat bahawa suatu taklifat itu adalah amanah dan ujian buat kita. 



"Ya Allah, beratnyer ujian-MU" 

'Maka sifat sabar itu adalah sikap yg baik, dn hanya Allah sahaja tempat meminta pertolongan,(surah Yusuf:18)'


Kadang2 kite rase ape yg kite buat adalah betul, dan pndpt semua org adalah salah. Itulah pentingnyer muhasabah diri setiap kali sesuatu menimpa diri kita. Memang kita ade betulnyer, tp xsemesti yg org lain buat adalah salah. tidak kira seseorang itu berada diatas atau di bawah, kte mestilah bertolak ansur dan sentiasa berlapang dada bahawa bkn kite seorng buat kerja. Bukan kite seorng yg sedang tension.Semua sedang alami perkara yg sama dngn diri kita. 
~Siapa yg banyak bicara, bnyak pula salahnya; siapa yg bnyak salah, hilanglah harga dirinya: siapa yg hilang harga diri, bererti dia tidak warak; sedangkan org yg tidak warak itu bererti hatinya mati~(Saidina Ali Abu Talib)





p/s: diri ini tidaklah sempurna mana,hnya memerhati, menegur dan untuk mengingatkn diri ini bahawa setiap perkara yg terjadi pada diri kita ade hikmahnya. Dan kita sebagai org yang ditaklifkan oleh Allah sebagai khalifah, mesti pandai mengambil iktibar dalam setiap perkara. 

~Wallahu a'alam~